FAHAMI PERBEZAAN DIANTARA MRTT DAN MLTT
“Saya ada nak beli rumah ni. Tapi nak ambil MRTT ataupun MLTT ni? “
Beza antara MRTT dan MLTT
Dua insurance rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu.
Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.
Bila submit loan , Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.
Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Disini yang “summarize “ kan untuk anda semua:
📌MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.
📌MLTT pula satu “mechanism transfer of risk”
Kenapa saya bilang macam tu:
Contohnya jika harga Rumah : Rm297000
Situasi : Selepas 7 tahun bayar baki pinjaman tinggal Rm 160000. Owner Rumah meninggal dunia.
Jika MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu Rm160000 .
✅Dan rumah tersebut akan dapat kepada waris.
Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan Rm297000 . Baki pinjaman Rm 160000 dapat dilunaskan .
✅Rumah tersebut akan dapat kepada waris.
✅Dan ada lagi lebihan sebanyak Rm 137000 untuk waris!
Itulah dia Hibah!
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.
Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda , ia juga tempat pelaburan.
Jadi dengan Ambil MLTT:
✅Protection Rumah dapat
✅Hibah dapat
✅Saving dapat
Jadi which one yang lagi menguntungkan kita?
#CreditfromAH
P/s : info tambahan
nampak macam ada berat sebelah dalam perbandingan.. btw MRTT boleh masuk dalam loan,selepas itu hidup tenang...MLTT tak boleh.kalau ditakdirkan tak bekerja n tak mampu bayar bulan2 MLTT,automatik MLTT terbatal n rumah tu tiada insurans sekiranya meninggal dunia.dah la tak mampu bayar MLTT,ditakdirkan pula meninggal dunia.Isteri terpaksa bayar rumah tu bulan2..
#infohartanah
#CopyPaste
Saya merupakan ejen hartanah perak yang berdaftar atas nama syarikat Oriental Real Estate Sdn Bhd. Sila hubungi saya jika anda ingin menjual kediaman di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar hinggalah ke Manjung Perak atau ingin mengetahui harga pasaran harta anda. Sila hubungi 011-14687904 atau email jumanshah@gmail.com
Boleh Juga Survay2 Rumah Di Laman Web Saya
Website
http://ejenhartanahperak.blogspot.my
http://www.manjungproperties.com/
https://rumahperaktengah.blogspot.my/
https://ejenrumahipoh.blogspot.com/?m=1
Mudah
http://www.mudah.my/juman-ejen-hartanah-perak-oriental-realty
Facebook
https://www.facebook.com/EjenHartanahPerak/
https://www.facebook.com/Jumanejenhartanahperak/
#EjenHartanahPerak #EjenHartanahIpoh #PerundingHartanahPerak #PerundingHartanahIpoh #EjenRumahPerak #PerakPropertyAgent #IpohPropertyAgent